Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Karnival Mukim Tanjung Kupang Platform Peniaga Jana Pendapatan

By 12 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Karnival Mukim Tanjung Kupang yang berakhir pada petang semalam berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 orang penduduk sekitar mukim ini.

Pengarah Penerangan Johor Naim Fahmi Ahmad Tajuddin berkata antara tujuan program adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan usahawan-usahawan mengetengahkan, mempromosi serta memasarkan produk usahawan Mukim Tanjung Kupang.

“Pengusaha-pengusaha IKS dan usahawan-usahawan yang terlibat ini diberi ruang untuk menjana pendapatan selepas terjejas akibat pandemik COVID-19 dan usaha ini adalah selaras dengan peranan pelbagai pihak yang memegang amanah dalam agenda pemerkasaan ekonomi luar bandar,” katanya ketika berucap semasa perasmian Karnival Mukim Tanjung Kupang 2.0, di sini semalam.

Menurut Naim Fahmi program itu adalah salah satu contoh inisiatif agensi kerajaan dan swasta dalam merealisasikan saranan tersebut dan seharusnya diteruskan pada masa-masa akan datang.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad, Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru Fahmi Salam dan Penghulu Mukim Tanjung Kupang Mohamad Faiz Mohd Pandi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda