
Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul
KUANTAN, 14 Sep (Malaysiaaktif) ā Seramai 15 orang pelajar tahun ketiga, Program Kolej Yayasan Pahang(KYP) – Yarmouk University, Jordan menerima surat tahniah dan wang pendahuluan daripada Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun 2022.
Majlis penyampaian ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di sini, hari ini.
āPelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Syariah (EkonomiĀ & Perbankan Islam, di mana semua pelajar perlu mengikutiĀ Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) selama 4 bulan terlebih dahulu sebelum mengikuti pengajianĀ dua tahun di Kolej Yayasan Pahang dan seterusnya menyambung di Yarmouk University, Jordan selama dua tahun,ā ujar Wan Rosdy.
Kesemua pelajar tersebut akan berangkat ke Jordan pada 25 September ini dan menerima wang pendahuluan sebanyak USD1000 setiap seorang bagi perbelanjaan permulaan di sana nanti.
-ZS-