Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Menteri Besar Pahang Serah Surat Tahniah Kepada 15 Pelajar ke Jordan

By 14 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul

KUANTAN, 14 Sep (Malaysiaaktif) ā€“ Seramai 15 orang pelajar tahun ketiga, Program Kolej Yayasan Pahang(KYP) – Yarmouk University, Jordan menerima surat tahniah dan wang pendahuluan daripada Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun 2022.

Majlis penyampaian ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di sini, hari ini.

ā€œPelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Syariah (EkonomiĀ  & Perbankan Islam, di mana semua pelajar perlu mengikutiĀ  Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) selama 4 bulan terlebih dahulu sebelum mengikuti pengajianĀ  dua tahun di Kolej Yayasan Pahang dan seterusnya menyambung di Yarmouk University, Jordan selama dua tahun,ā€ ujar Wan Rosdy.

Kesemua pelajar tersebut akan berangkat ke Jordan pada 25 September ini dan menerima wang pendahuluan sebanyak USD1000 setiap seorang bagi perbelanjaan permulaan di sana nanti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda