Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sukan Rakyat Eratkan Ukhwah

By 14 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusoffirman/Ainil Hayati

TEMERLOH, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Sukan rakyat yang mengembalikan nostalgia dengan permainan zaman dahulu seperti bola beracun dan boling kelapa mampu mengeratkan ukhwah antara penduduk.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Sri Ismail Mohammed Said, β€œsaya amat gembira kerana berpeluang bersama penduduk setempat menyertai sukan rakyat ini dan diingatkan kepada semua agar sentiasa menjaga hubungan sesama insan dan jadikan aktiviti ini sebagai acara tradisi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sukan Rakyat Keluarga Malaysia anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Kuala Krau, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Desa Murni dan beberapa agensi kerajaan lain.

Seramai 500 penduduk kampung hadir memeriahkan suasana dan rata-rata penduduk mengimbau kembali nostalgia aktiviti yang biasa dimainkan suatu masa dahulu.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda