
Laporan/foto: Jaitripta Kaur/Siti Hajar Binti Kamis (Seremban)
SEREMBAN, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Kerajaan telah memberikan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi membiayai Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang telah diperluas kepada 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula dari awal tahun ini hingga akhir tahun.
PJKM yang berlangsung di DUN Temiang di sini semalam seperti biasa terus mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.
Menurut penduduk Zainuddin Mat Nor, 52, PJKM ini perlu diteruskan pada masa akan datang.
“Saya berharap jualan seperti ini diteruskan kerana ia dapat membantu golongan B40 membeli barangan keperluan harian dengan harga yang lebih rendah,” katanya.
-ZS-