Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

JTPD Santuni Penduduk Mukim Renggam

By 13 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zuriatina Tamat (Kluang)

KLUANG, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) telah menyantuni penduduk mukim Renggam dalam sesi libat urus yang telah diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang bersempena pelancaran Johor Bersih, di sini semalam.

Menurut Pegawai Daerah Kluang Jamaludin A. Hamid program itu banyak memberi makna kerana ia bersekali dengan beberapa program yang lain.

“Pada hari ini bersempena bulan kebangsaan selain program libat urus turun padang melihat isu dan masalah setempat, kita kibarkan juga Jalur Gemilang dalam konvoi motorsikal pada hari ini.

“Pejabat Daerah Kluang juga memilih Taman Renggam Jaya pada hari ini untuk pelancaran Johor Bersih bagi mukim Renggam,” katanya.

Program dimulakan dengan Konvoi ahli JTPD yang bermula dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) Renggam melalui Kampung Tengah ke Kampung Sahari dan berakhir di Taman Renggam Jaya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda