Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Tunku Besar Tampin Berharap Pengurusan Masjid Mesra Jemaah

By 13 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir (Tampin)/Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

TAMPIN, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri berharap badan pengurusan masjid dapat menjadikan rumah ibadah tersebut sebagai mesra jemaah dan memberi keselesaan kepada semua tetamu yang hadir.

“Saya berharap badan pengurusan masjid dapat menjadikan masjid sebagai mesra jemaah baik secara kaedah pendekatan dan juga prasarana.

“Para tetamu Allah yang hadir hendaklah sentiasa diutamakan dan diberi layanan yang baik serta kemudahan yang selesa agar dapat melaksanakan ibadah dengan penuh ketenangan.

“Hal ini juga secara tidak langsung dapat memberi ganjaran pahala yang berterusan kepada para pewakaf dengan aktiviti pengimarahan masjid tersebut,” katanya di Majlis Pelancaran Pembangunan Masjid Wakaf, Masjid Al-Isra’ Tunku Besar Tampin, di sini semalam.

Baginda turut menuntut umat Islam untuk mengimarahkan rumah Allah menerusi aktiviti keilmuan agar ianya disampaikan secara bertalaqqi atau bersemuka bagi mengelakkan diri daripada terpesong dalam memahami tafsiran agama Islam yang sebenar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda