
Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)
MERLIMAU, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Pelancaran Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) 2.0 Peringkat Negeri Melaka telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 merangkap Ahli Parlimen Jasin Datuk Seri Ahmad Hamzah, bertempat di JJS Groceries Merlimau, di sini baru-baru ini.
Menurut Ahmad Hamzah objektif PJMKM 2.0 ini menawarkan pengurangan harga barangan keperluan harian sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran semasa setempat dengan sasaran kepada golongan berpendapatan rendah dan seterusnya pengguna akan mendapat manfaat dan penjimatan dengan tawaran yang berpatutan.
“Antara produk-produk utama yang difokuskan adalah ayam, gula, minyak masak, beras, sayuran, buah-buahan, ikan dan tepung.
“Sebanyak 13 lokasi berlangsung secara serentak pada hujung minggu ini,” ujarnya.
-ZS-