Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Wayang Pacak Gamit Nostalgia

By 4 September 2022September 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Azimee Abdullah

BAYAN LEPAS, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Filem Bukit Kepong yang ditayangkan menerusi layar besar di dataran Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu di sini baru-baru ini memberi satu pengalaman baru kepada orang ramai sempena  sambutan Bulan Kebangsaan.

Wayang pacak amat terkenal suatu ketika dahulu mengimbau kembali nostalgia dan kenangan kepada generasi sekarang. Inisiatif ini diambil bagi menghidupkan suasana itu.

Bagi Sofea Ahmad, 32, sebagai generasi baharu, beliau berharap wayang pacak dapat diteruskan kerana ia memberi pengalaman yang tidak sempat lihat dan rasai oleh generasinya.

Program anjuran SK Seri Bayu dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya bersama Komuniti Keluarga Malaysia Bandar Baru Perda itu dihadiri hampir 500 orang pengunjung dari sekitar kawasan Bayan Lepas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda