
Laporan/foto: Deonalissa Jekee Edin
Kota Kinabalu, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Program International Coastal Cleanup Day anjuran Reef Check berjaya mengumpul sampah seberat 194kg.
Ketua Perkhidmatan Tanggungjawab Sosial Masyarakat Shangri La Tanjung Aru Resort, Joyce Murang berkata objektif utama program tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan menggalakkan masyarakat menjaga serta melindungi alam sekitar termasuk kawasan pantai juga laut.
“Program hari ini bukan sekadar mengutip sampah, tetapi juga mengenal pasti perincian sampah antaranya jenis sampah dan punca asal sampah itu,” katanya ketika ditemui media di sini, pada Sabtu.
Program yang diadakan di Pantai Tanjung Aru itu disertai oleh seramai 82 sukarelawan terdiri daripada kakitangan Shangri-la Tanjung Aru, warga University College Sabah Foundation (UCSF), Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan orang awam.
Hadir sama Naib Canselor UCSF Dr. Rafiq Idris dan Pengarah Institut Pengajian Borneo UCSF Prof. Dr. Junaenah Sulehan.
-ZS-