Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Keluarga Malaysia Terus Sihat

By 11 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam/Nurul Ain Johari

BATU PAHAT, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 300 orang ahli Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) menyertai acara kayuhan santai, 10,000 langkah dan senamrobik sempena Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Baru di Senggarang pada pagi ini.

Selain dari meraikan kemenangan pasukan Bola Sepak JDT, KKM Kampung Baru ini turut menyahut seruan Agenda Malaysia Sihat dan juga Johor Bersih seperti yang di war-warkan oleh Menteri Besar Johor.

Majlis dirasmikan oleh Speaker Dewan Negeri Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Senggarang merangkap Pengerusi KKM Kampung Baru Mohd Yusla Ismail, Penghulu Mukim Sungai Punggur dan Mukim Kampung Baru Shaifuddin Sabari dan Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat Musliha Yusof.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda