Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Masjid Tertua di Malaysia Kembali ke Kampung Laut

By 11 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Noor Asmani Che Mat Saleh (Tumpat)

TUMPAT, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Masjid tertua di Malaysia berusia lebih 400 tahun dikembalikan ke  Laman Warisan Seni Kampung Laut dari Nilam Puri mencuri tumpuan ramai.

“Banjir besar pada tahun 1967 telah memusnahkan sebahagian besar struktur masjid tersebut.

“Bagi menyelamatkannya dari musnah masjid tersebut telah dipindahkan ke Nilam Puri pada tahun 1970,” kata Rustam Muhamad, 58, seorang penduduk asal Kampung Laut ketika ditemui di sini baru-baru ini.

“Masjid ini mula digunakan bulan Julai 2022 dan masih mengekalkan komponen asal seperti struktur mimbar, menara, beduk dan kolah.

“Inisiatif pihak kerajaan negeri dan pusat melalui Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) amat dihargai oleh masyarakat setempat demi perkembangan ekonomi di sini,” tambahnya lagi.

Kampung Laut di tebing Barat Sungai Kelantan yang berusia lebih dari 600 tahun merupakan tempat aktiviti perkembangan aktivit ekonomi negeri dahulunya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda