
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Warga Taman Kemajuan menzahirkan semangat patriotik dengan pengisian program di kawasan rekreasi perumahan tersebut.
Ketua Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Taman Kemajuan Roslan Sharif berkata pengisian program berunsur kenegaraan seperti kibar Jalur Gemilang, Perarakan sekitar kawasan rekreasi taman, pertandingan hiasan basikal, pertandingan pakaian Keluarga Malaysia dan sukaneka bersama penduduk setempat dapat mengeratkan lagi jalinan hubungan sesama jiran tetangga.
“Lebih 50 peserta telah memeriahkan aktiviti Merdeka@Komuniti pada pagi ini.
“Kami berharap aktiviti tahunan ini akan diteruskan oleh generasi seterusnya kerana ia juga secara tidak langsung bukan sahaja mengukuhkan silaturahim, namun menerapkan nilai patriotik dalam kalangan generasi muda,” ujarnya ketika ditemui selepas program pada pagi tadi.
-ZS-