Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Penanaman Anak Pokok Sebagai Simbolik Kelahiran Bayi di Pahang

By 10 September 2022September 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Intan Saziana/Sunito

CAMERON HIGHLANDS, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang ibu bapa bagi Parlimen Cameron Highlands merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata dan DUN Jelai menerima sumbangan Pahang Pride Kid dan menanam pokok sebagai simbolik kepada kelahiran anak-anak Pahang.

Sumbangan ini disampaikan oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Datuk Mohd Nor yang mewakili Menteri Besar Pahang merasmikan program penanaman anak pokok Pahang Pride Kid di Kompartmen 6, Hutan Simpan Bukit Bujang, di sini baru-baru ini.

“Sumbangan ini adalah inisiatif dari Kerajaan Negeri Pahang sebagai tanda prihatin dalam membantu para ibu bapa yang baru menerima cahayamata pada tahun ini yang banyak mengharungi cabaran terutamanya dari segi ekonomi di samping turut meraikan kegembiraan mereka menerima cahaya mata di bumi Pahang terutamanya di daerah Cameron Highlands,” ujarnya.

Program yang turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan di daerah Cameron Highlands juga turut diberi peluang menanam pokok yang dinamakan atas nama jabatan dan agensi masing-masing.

-ZS-

Tinggalkan komen anda