Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

‘World Clean Up Day’ Tingkatkan Kesedaran Menjaga Alam Sekitar

By 22 September 2022September 26th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)/Southern Volunteer Tangkak

TANGKAK, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 80 orang peserta telah menghadiri program ‘World Clean Up Day’ yang dilaksanakan di Pantai Kampung Parit Karang, Mukim Kesang, Tangkak, semalam.

Program yang dirasmikan oleh wakil Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak, Tuan Haji Muhamad Sidek Arasu turut dihadiri oleh pelbagai agensi termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Tangkak, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp), Southern Volunteers, SWM Environment dan penduduk setempat.

“Objektif program adalah untuk mendidik masyarakat bagi menjaga kebersihan persekitaran,” ujar beliau dalam ucapan perasmian program.

“Kira-kira 100kg sisa berjaya dikumpulkan peserta termasuk plastik 18kg, besi 15kg dan kain 10kg dalam aktiviti plogging.

Antara pengisian program termasuk gotong-royong, kempen kesedaran awam dan kitar semula.

-ZS-

Tinggalkan komen anda