Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

SKMM Fokus Lahirkan Masyarakat Pintar Ekonomi Digital

By 22 September 2022September 26th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusoffirman/M. Yamuna

TEMERLOH, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini memfokuskan untuk membantu melahirkan masyarakat setempat ke arah pendigitalan ekonomi melalui penubuhan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) terutama di kawasan pedalaman.

Menurut Pengarah SKMM Negeri Pahang, Mohd Faisal Md Nor, PEDi berfungsi memberi perkhidmatan seperti kafe siber.

“Di PEDi, masyarakat dapat menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan yuran sebanyak RM5 seumur hidup,” katanya dalam taklimat sempena Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengerusi PEDi dan Taklimat Telekomunikasi Bersama Pengguna, di sini, baru-baru ini.

Seramai 118 Pengerusi PEDi dari seluruh negeri Pahang menerima watikah perlantikan dan turut hadir menyempurnakan maklis, Setiausaha Politik  Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda