
Laporan/foto: Daniel Jong/Saufi Omar (Sarawak)
KAPIT, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Air Terjun Bukit Mado menjadi tanda bahawa Perkampungan Uma Badeng, Long Busang di sini sudah hampir dan menjadi pembangkit keterujaan pengunjung.
Air yang jernih berwarna kehijauan serta deruan air yang memecah keheningan menjadikannya lokasi wajib singgah sama ada ketika pergi mahupun pulang daripada Long Busang.
“Kepenatan berada di dalam kenderaan selama hampir 6 jam seolah-olah hilang apabila tiba di lokasi air terjun yang memukau,” kata Rita Gait, 56, yang berpeluang melawat ke Long Busang.
“Kampung Uma Badeng, Long Busang berpotensi menjadi pusat ekopelancongan kerana mempunyai banyak lokasi yang berpotensi untuk dimajukan dan Air Terjun Bukit Mado adalah salah satunya,” katanya.
-ZS-