Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Akademia Dirai dalam Sambutan Hari Akademia Zon Timur

By 3 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Ilyani Abdullah (Politeknik Hulu Terengganu)/Hafizah Rahim (CMS)

HULU TERENGGANU, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Akademia Peringkat Zon Timur telah diadakan semalam, di Dewan Batu Bersurat, Politeknik Hulu Terengganu melibatkan kira-kira 150 orang ahli akademia dari Politeknik dan Kolej Komuniti Terengganu serta Kelantan.

Pengarah Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Samsuri Abdullah berkata sambutan ini diadakan sebagai tanda menghargai peranan ahli akademia di seluruh Zon Terengganu dan Kelantan.

“Sambutan Hari Akademia ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya ahli akademik menjadi mesra rakyat melalui penglibatan dalam komuniti dengan penghasilan kertas penyelidikan mahupun inovasi yang mudah difahami dan memberi impak secara langsung kepada komuniti,” katanya ketika berucap merasmikan program.

Dalam pada itu, Dr Samsuri turut menyampaikan penghargaan kepada semua ahli akademia yang cemerlang dalam bidang masing-masing serta telah menaikkan nama Politeknik dan Kolej Komuniti di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 2022.

Pada program tersebut, turut diadakan forum yang bertajuk ‘Akademia TVET Mendepani Cabaran’ yang berlangsung selama dua jam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda