Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Aktiviti Tanam Pokok Pupuk Semangat Cintakan Alam

By 3 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Dani

LAHAD DATU, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Aktiviti menanam pokok dapat memupuk semangat cintakan alam semula dalam diri masyarakat.

Pegawai Perhutanan Daerah Lahad Datu, Osman Bangkong berkata tahap kesedaran masyarakat dalam memelihara dan memulihara flora dan fauna perlu dipertingkatkan.

“Bagi mendokong usaha ini orang tempatan boleh meminta benih daripada pihak kami untuk ditanam sendiri seperti pokok laran yang hanya mengambil masa lebih kurang 10 ke 15 tahun ke atas untuk matang.

“Selain itu kebiasaannya pokok serayah, kapor, belian dan merbau antara jenis pokok lain yang ditanam bagi hutan simpan bergantung dengan kawasan tersebut,” ujarnya ketika ditemui media di Kilometer 9, Menara Kayangan dalam Program ‘Journey to The East Coast’, di sini baru-baru ini.

“Penanaman pokok juga penting dalam kelestarian alam untuk tatapan generasi akan datang,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda