Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Aktif@Sukan Serlah Potensi Belia Luar Bandar

By 3 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)

ASAHAN, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Penganjuran program Aktif@Sukan dilihat berpotensi menyerlahkan bakat belia-belia luar bandar di negeri Melaka.

Menurut Fairul Nizam Ahli Dewan Undangan Negeri Asahan Fairul Nizam Roslan objektif program tersebut bertujuan menyerlahkan potensi belia luar bandar dalam kepimpinan dan bakat sukan.

“Ia juga bagi meluaskan akses kemudahan sukan kepada rakyat di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan tumpuan serta menggalakkan amalan bersukan untuk meningkatkan kesihatan komuniti setempat tercapai dengan jayanya.

“Peranan besar yang dimainkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui duta mereka Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka berjaya menyediakan pelbagai konsep alternatif bagi menggalakkan rakyat terus mengamalkan aktiviti sukan dan kecergasan menuju negara bersukan atau ‘Towards Sporting Nation’,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda