Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kontinjen Hari Kebangsaan Daerah Kluang Dirai

By 3 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norsaedah Haron/Abassalimi Mohamad (Kluang)

KLUANG, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 116 ketua-ketua kontinjen yang menyertai perarakan perhimpunan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kluang Tahun 2022 lalu diraikan dalam Majlis Perjumpaan Pegawai Daerah Kluang bersama Jabatan Daerah Kluang Tahun 2022 di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini malam tadi.

Pegawai Daerah Kluang Jamaludin A. Hamid dalam ucapannya menzahirkan rasa sukacita dan menzahirkan penghargaan kepada semua jabatan yang telah terlibat

“Sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah yang lepas Kluang antara kontinjen yang terbanyak di peringkat daerah dan setaraf dengan sambutan di peringkat negeri iaitu sebanyak 116 kontinjen menyertai perarakan.

“Tahniah diucapkan kepada semua jabatan yang terlibat,” tambah beliau.

Pementasan teater bertajuk ‘Kluang diserang Keluang’ oleh Kumpulan Teater Budak Capal dan persembahan nyanyian oleh artis Haziq Rosebi turut diadakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda