Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Atlet Sukma Buluh Gading Terima Insentif Kecemerlangan

By 17 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Nor Aishah Che Hassan (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Atlet Kontinjen Terengganu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 lalu yang berasal dari Buluh Gading telah diraikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading Ridzuan Hashim dalam sebuah majlis khas, di sini kelmarin.

“Malis ini diadakan bagi meraikan kecemerlangan atlet kerana telah menunjukkan prestasi yang baik dalam acara yang dipertandingkan.

“Pemberian insentif ini khusus buat atlet yang berasal dari Buluh Gading yang diraikan dengan penuh syukur kerana kerajaan negeri begitu berbangga dengan pencapaian yang disumbangkan mereka,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading Ridzuan Hashim ketika berucap meraikan majlis.

“Kontinjen Negeri Terengganu telah meraih 64 pingat emas, 49 pingat perak dan 56 pingat gangsa menjadikan jumlah keseluruhan pingat sebanyak 169 pingat sekaligus menempatkan Terengganu di kedudukan kedua daripada keseluruhan negeri,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda