Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Hujan Tidak Halang Warga Guar Chempedak Saksikan LTdL

By 17 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad

YAN, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Hujan yang turun sejak awal pagi tidak mematahkan semangat dan sokongan orang ramai untuk membanjiri Pekan Guar Chempedak bagi menyaksikan perlumbaan bertaraf dunia Peringkat ke-6 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dari Georgetown, Pulau Pinang ke Alor Setar, Kedah.

Menurut Pegawai Daerah Yan Mohamad Subhi Abdullah yang turut hadir untuk memberi sokongan, beliau mengucapkan terima kasih kepada warga yang hadir membanjiri sekitar Pekan Guar Chempedak untuk memberi sorakan semangat kepada para peserta LTdL kali ini.

“Saya bangga dengan kehadiran peserta LTdL ke Daerah Yan, Daerah Pelancongan Desa dan begitu juga dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh penduduk Daerah Yan, begitu bersemangat sekali tanpa menghiraukan hujan yang turun mencurah,” ujar beliau ketika menyampaikan ucapan ringkas, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda