Laporan/foto: Nur Arinnica/Norsaedah (Kluang)
KLUANG, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Penantian selama 36 tahun bagi 282 orang peneroka Felda Bukit Tongkat akhirnya membuahkan hasil apabila masing-masing menerima hakmilik tanah dalam Majlis Penyerahan Hak Milik Felda Bukit Tongkat yang disempurnakan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di Dewan Sri Felda Bukit Tongkat, di sini semalam.
Kelsom Daim, 67, tahun yang merupakan antara peneroka awal Felda Bukit Tongkat berkata penyerahan geran hakmilik ini sedikit sebanyak melegakan kerisauannya.
“Selama ini saya memikirkan masa depan sembilan orang anak saya jika saya sudah tidak ada, ditambah dengan suami yang baharu sahaja meninggal dunia tiga bulan yang lalu,” katanya.
Turut hadir Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ahli Dewan Undangan Negeri Kahang, R. Vidyananthan dan Pegawai Daerah Kluang Jamaludin A. Hamid.
-ZS-