Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Cabar Diri Mendaki Bukit Tercantik di Batu Pahat

By 6 Oktober 2022Oktober 11th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Sekali-sekala seronok untuk keluar dari kesesakan kota dan menyelami alam semulajadi sambil menikmati udara segar serta pemandangan cantik di Bukit Botak, Bukit Berdiri dan Bukit Payong atau lebih dikenali sebagai Trans Bukit Payong yang terletak di Parit Sulong Batu Pahat, Johor.

Dengan ketinggian Bukit Botak, 234 meter, Bukit Berdiri, 234 meter dan Bukit Payong, 258 meter, inilah tempat yang paling sesuai dan mencabar buat penggemar ‘hiking’ dan anda yang baharu berjinak-jinak di dalam dunia pendakian.

Menurut Penghulu Mukim Simpang Kiri, Mohamed Yusof Abu, warga belia yang mendaki ketiga-tiga bukit ini akan dapat mencabar diri serta menguji kekuatan stamina diri.

“Di samping itu, keselamatan juga perlu diutamakan dan ikut setiap tanda berwarna merah di pokok,” ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Segala penat lelah para pendaki yang berjaya sampai ke puncak akan terbayar apabila disajikan dengan pemandangan matahari terbit yang menakjubkan di puncak bukit tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda