Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

JaPen Terima 666 Penyertaan Pertandingan KLIK@Merdeka2022

By 7 Oktober 2022Oktober 11th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim(Putrajaya)/Bahagian Komunikasi Visual Dan Senireka JaPen

PUTRAJAYA, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Jabatan Penerangan (JaPen) telah mengadakan Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka 2022 bagi menyemarakkan sambutan tersebut dan semalam (Khamis) proses semakan sedang giat dilakukan bagi mencari pemenang.

Menurut Ketua Juri pertandingan M.Nagarajan P.Marimuthu, sesi penjurian sedang giat dijalankan dengan jumlah penyertaan diterima sebanyak 666 daripada seluruh negara.

“Jumlah penyertaan yang kita terima pada tahun ini adalah sangat menggalakkan berbanding dengan penganjuran sebelum ini.

“Kita menerima banyak penyertaan dari seluruh negara dengan kualiti foto-foto yang sangat baik,” katanya ketika ditemui selepas sesi Penjurian Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka 2022 di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), di sini pada Khamis.

“Apa yang penting apabila kita menganjurkan sesuatu pertandingan adalah topik yang diketengahkan iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ yang melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

“Keputusan pertandingan ini akan diumumkan pada 11 Oktober 2022 melalui media rasmi JaPen dan pemenang akan dimaklumkan melalui ‘direct message’ di akaun instagram masing-masing,” katanya.

Turut terlibat sebagai juri ialah Prof Dr Mustaffa Halabi Azahari (City University Malaysia), Ng Kok Leong (Star Media Group) dan Shamshahrin Shamsudin (mantan Jurufoto Professional Ap Associated Press).

-ZS-

Tinggalkan komen anda