Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sultan Selangor Nasihat Mufti, Agamawan Tidak Berbeza Pendapat Secara Terbuka

By 6 Oktober 2022Oktober 11th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Media Selangor

SHAH ALAM, 6 Okt (Malaysiaktif) – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, menasihatkan para mufti dan agamawan tidak berbalah di ruang awam kerana boleh merendahkan kewibawaan ulama.

Titah baginda, perbezaan pendapat ulama ini hanya dibincangkan di dalam muzakarah dan tidak boleh dibawa keluar.

“Keputusan muzakarah yang dikeluarkan hendaklah mengambil kira hak-hak dan kepentingan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam.

“Sekiranya ada mufti atau ahli yang memilih pendapat yang tidak mengharuskan sesebuah amalan yang terjadi khilaf di kalangan ulama terdahulu, setidak-tidaknya perlu ada ‘Adabul Ikhtilaf’, sikap ‘agree to disagree’ dan beradab dalam berbeza pendapat,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah demikian sempena Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-121 yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda