
Laporan/foto: Norus Saadah Ahmad/Budi Irwan Jahaya (Melaka)
MELAKA, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Hari Akademia Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) tahun ini amat bermakna bagi seluruh warga KKBBM, pihak industri dan juga komuniti.
Menurut Pengarah KKBBM Muhammad Sani Che Idris sambutan Hari Akademia ini bertujuan memberi penghargaan buat pensyarah kolej tersebut.
“Mereka mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar, bukan sahaja mengajar pelajar kemahiran sepenuh masa.
“Mereka juga melaksanakan aktiviti penyelidikan dan inovasi, projek perundingan dan kemasyarakatan selain tugas pengurusan dan pentadbiran serta menjadi tenaga pengajar bagi kursus pendek pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Tokoh Akademia, Anugerah Pelajar Sahsiah Terpuji dan Pelajar Harapan.
-ZS-