Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kerajaan Pahang Komited Bantu Mangsa Banjir

By 13 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Sh.Nurrul

KUANTAN, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sebanyak RM39.8 juta bagi bantuan membaiki rumah rosak akibat banjir pada Disember 2021.

Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan dan Kedutaan Emiriah Bersatu serta kerajaan negeri ini meliputi projek pembangunan Bina Baru Rumah, Baik Pulih Rumah dan Baik Pulih Kediaman.

“Bantuan yang diberikan melibatkan dua fasa dan sebanyak 3,175 buah rumah terlibat dalam peruntukan ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,393 buah rumah telah siap dan sebanyak 782 buah rumah masih dalam pelaksanaan,” katanya sewaktu menjawab pertanyaan lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda