Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pelbagai Kaum Meriahkan Karnival Komuniti Sejahtera Taman Bunga Raya

By 22 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek/Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Karnival Komuniti Sejahtera Taman Bunga Raya yang dianjurkan oleh Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Bunga Raya dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Dan Kemajuan Kampung (JPKK) Bukit Beruang di sini baru-baru ini berjaya menarik penyertaan penduduk setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Pengerusi penyelaras Parlimen Hang Tuah Jaya Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata beliau berasa berbesar hati dengan penganjuran program tersebut kerana bukan mudah untuk membuat program yang dapat menarik penyertaan pelbagai kaum.

“Saya menggesa semua kepimpinan masyarakat agar dapat melaksanakan program kemasyarakatan seperti ini dengan lebih kerap.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada jabatan-jabatan kerajaan terutamanya Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya kerana sudi bersama-sama kita untuk menjayakan program pada hari ini,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, kempen derma darah, persembahan muzik pelbagai kaum dan taklimat kesihatan serta persediaan menghadapi banjir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda