Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sumbang Idea, Jangan Hanya Merungut

By 5 Oktober 2022Oktober 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor

PONTIAN 5 Okt (Malaysiaaktif) – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid menyeru agar program Sesi Libat Urus Agensi di bawah portfolio beliau bukan sekadar tempat untuk melepaskan rungutan namun ia adalah platform terbaik untk mencambah idea bagi memajukan hal ehwal Islam di negeri ini.

“Ini penting bagi memajukan lagi pembangunan hal ehwal Islam di negeri Johor ini khususnya berkaitan pentadbiran sekolah agama serta masjid dan surau demi kemajuan umat Islam di negeri ini,” ujar Fared di program Sesi Libat Urus Agensi di bawah portfolio Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor bagi Daerah Pontian di Dewan Muafakat, di sini semalam.

Pada program tersebut turut diadakan sesi soal jawab beliau bersama ahli jawatankuasa masjid dan surau, guru besar dan guru-guru sekolah agama dan tahfiz serta agensi yang berkaitan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda