Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Rezeki Ternak Unggas

By 4 Oktober 2022Oktober 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azreen Ahmad/FB Ahmad Hamzah

JASIN, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Penyerahan Bantuan Program Rezeki Ternak Unggas dan Pertanian Organik (Ternakan) Peringkat Parlimen Jasin yang diadakan di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu Merlimaudi sini baru-baru ini menyaksikan 10 orang penternak di kawasan berkenaan menerima sumbagan berupa makanan ternakan, ubat-ubatan serta anak ayam dan anak itik.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 merangkap Ahli Parlimen Jasin Ahmad Hamzah, sumbangan yang diberikan kepada penternak berdaftar diharap dapat membantu ekonomi mereka.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang telah menguruskan pemberian sumbangan ini,” katanya.

Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka Dr Akma Ngah Hamid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda