Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perak SADC Agih Sumbangan kepada 200 Penerima

By 5 Oktober 2022Oktober 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Faizzad Kamal/Mohd Azhar Mat Isa (Muallim)

SLIM RIVER, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM60,000 disumbangkan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) kepada 200 penerima yang terdiri daripada penduduk sekitar daerah ini.

Menurut Pegawai Daerah Muallim Mohd Fitri Hasan penerima ini menerima wang agihan sebanyak RM300 setiap seorang.

“Sejak tahun 2019 hingga 2021, Perak SADC telah menyumbangkan agihan keuntungan ladang rakyat di Daerah Muallim kepada 546 penerima yang dipilih berdasarkan kriteria ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Muallim sebanyak RM163,000.

“Perak SADC mengharapkan sumbangan yang dihulurkan itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban serta menampung perbelanjaan harian semua penerima tersebut,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Agihan Keuntungan Ladang Rakyat Daerah Muallim di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda