Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Warga Jempol Teruja Sambut Kehadiran PM

By 10 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution/Mohd Khairulnizam (Negeri Sembilan)

JEMPOL, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Ribuan pengunjung membanjiri padang Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 7 bagi memeriahkan Program Kenduri Sekampung Keluarga Malaysia bersama Perdana Menteri (PM), di sini baru-baru ini.

Menurut, Zuraidah Abas, 43, yang merupakan generasi kedua Felda Palong 7, mereka teruja untuk menyambut ketibaan Ismail Sabri memandangkan ini kali pertama beliau menyantuni warga Felda Palong.

“Kami bersyukur kerana tempat ini dipilih sebagai lokasi program Kenduri Sekampung ini kerana kawasan ini agak jauh dari pekan.

“Kami juga berterima kasih kepada PM kerana tidak melupakan warga Felda dan memberi sumbangan yang sedikit sebanyak akan mempermudahkan urusan harian kami,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda