Laporan/foto: Muhammad Naim Mohd Shaari
JEMPOL, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sembilan yang berlangsung selama tiga hari di Dataran Seri Jempol telah menghimpunkan banyak aktiviti.
Antara yang paling menjadi tumpuan orang ramai ialah Karnival Jamin Kerja.
Menurut Ketua Negeri Perkhidmatan Pekerjaan Perkeso Negeri Sembilan Afifah Nasution seramai 403 orang telah hadir untuk ditemuduga.
“Seramai 77 orang telah berjaya mendapatkan kerja serta-merta manakala seramai 226 orang pula akan melalui temuduga yang kedua.
“Program seperti ini sentiasa diadakan dari semasa ke semasa yang bertujuan menggalakkan masyarakat mendapatkan pekerjaan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
“Saya menyarankan orang ramai untuk hadir di Wisma Perkeso Negeri Sembilan kerana karnival Jamin Kerja ini masih diteruskan setiap minggu,” katanya.
-ZS-