Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Polis Labuan Siap Sedia Hadapi PRU-15

By 4 November 2022November 11th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Labuan telah bersedia dalam menghadapi penugasan PRU-15 bermula daripada Penamaan Calon, Undi Awal dan seterusnya pada Hari Pembuangan Undi pada 19 November nanti.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Supt. Ahmad Jawila Seramai 326 orang terdiri daripada pegawai, anggota serta bantuan akan bertugas bagi memastikan kawalan keselamatan sempena PRU-15 ini berjalan dengan lancar tanpa berlakunya insiden yang tidak diingini.

“Kepada semua parti politik yang akan bertanding pada PRU-15 dinasihatkan agar mematuhi arahan pihak polis untuk mengikuti laluan yang telah ditetapkan semasa ke Pusat Penamaan Calon untuk mengelakkan sebarang gangguan serta kesulitan kepada semua pihak.

“Usai proses penamaan calon, semua calon-calon yang akan bertanding atau wakil calon dikehendaki datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan untuk sesi taklimat khas berkaitan pengeluaran permit bersama Ketua Polis Daerah,”katanya selepas melakukan tinjauan persiapan Pusat Penamaan Calon di Sekolah Kebangsaan Sungai Lada, semalam.

Tambahnya, Warga Labuan dinasihatkan agar mematuhi arahan PDRM dari semasa ke semasa demi memastikan keamanan dan ketenteraman di Wilayah Persekutuan Labuan sentiasa terpelihara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda