
Laporan/foto: Aneta Ahmad/Mahadi Mustafa (Dungun)
DUNGUN, 8 Nov (Malaysiaaktif) – Hasrat pengundi Parlimen Dungun bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 agar semua parti berkempen secara matang, tidak menimbulkan kekecohan dan mengikut arahan dari pihak berkuasa.
Penduduk yang ditemui, Rohaslizawati Zamri, 41, berkata semua pihak atau calon yang bakal menjadi wakil rakyat perlu menunjukkan cara dan kelakuan yang baik semasa berkempen bagi menarik minat dan keyakinan pengundi.
“Tempoh berkempen ini boleh disamakan sebagai mempromosikan apa yang akan dilakukan oleh calon tersebut jika menang dan mendapat mandat daripada rakyat untuk membentuk kerajaan,” kata Nazhif Iqbal Khairu@Yusof, 27, ketika ditemubual.
Seorang Juruletrik, Mohd Zulfadzli Mohd Zaid, 35, pula mengharapkan agar calon yang dipilih nanti dapat membawa peluang kerja kepada anak muda di daerah ini.
Sementara itu, Aktivis, Razali Awang, 65 berharap calon yang dipilih dapat memastikan kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi yang stabil.
-ZS-