Laporan /foto: Muhd Afiqq Rahman/Juriah Suleiman (Shah Alam)
KUALA SELANGOR, 9 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 340 orang pelajar telah menerima Peranti Siswa sempena Majlis Penyerahan Peranti Siswa di dewan Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Selangor di sini semalam.
Mereka terdiri daripada 267 orang pelajar dari Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz Shah Kuala Selangor dan 73 orang pelajar dari Kolej Vokasional Kuala Selangor.
Menurut Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, “Setakat tengah hari tadi seramai 350,740 pelajar telah diluluskan pemberian PerantiSiswa daripada keseluruhan 474,311 permohonan. Manakala jumlah permohonan yang gagal adalah sebanyak 80,894 dan 42,677 masih di dalam proses rayuan.
Sementara itu, pelajar Kolej Vokasional Kuala Selangor, Muhammad Ezqal Farizzy, 18, bersyukur dan meluahkan rasa gembira apabila menerima peranti tersebut hari ini kerana dia sememangnya memerlukan peranti tersebut untuk pembelajaran.
“Dengan adanya peranti ini, dapat membantu saya dalam pembelajaran dan akan memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui di majlis tersebut
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah di bawah Belanjawan 2022 yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian.
-ZS-