
Laporan/foto: Wan Shahilawati Wan Baharuddin/Mohd Hafizi Hasni
MACHANG, 6 Nov (Malaysiaaktif) –
Penyandang Parlimen Machang Ditentang Tiga Calon Lain
Laporan/foto: Wan Shahilawati Wan Baharuddin/Mohd Hafizi Hasni
MACHANG, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Barisan Nasional (BN) akan berdepan saingan empat penjuru bagi mempertahankan kerusi parlimen Machang (P029) yang disandang parti itu sejak dua penggal lalu.
“Empat calon iaitu Ahmad Jazlan Yaakub, 58, dari BN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, 35, dari Perikatan Nasional, Dr. Rosli Allani S. Abdull Kadir, 47, dari Pakatan Harapan dan Mejar (B) Muhamad Seman, 67, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) layak bertanding,” kata Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Machang, Nik Mohd Hasanuddin Nik Hussain semalam.
Terdahulu, semua calon Parlimen Machang tiba di pusat penamaan calon (PPC) di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang di sini pada pukul 8.30 pagi semalam.
Proses penamaan calon berjalan lancar dengan kehadiran kira-kira 800 penyokong parti iaitu 500 (BN), 200 (PN) dan 100 (PH) setia menunggu di PPC walaupun dalam keadaan cuaca mendung.
-ZS-