Laporan/foto: Noor Farihah Mohamed Rahim/Noor Farihah Mohamed Rahim
JELI, 5 Nov (Malaysiaaktif) – Penamaan Calon PRU 15 bagi P.030 Parlimen Jeli berlangsung di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli dengan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Nor Wahida Patuan (BN), Zahari Kechik (PAS), Md Radzi Wahab (PH) dan Prof Ir Dr Mohamed Daud (PUTRA).
Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nik Raisnan Daud.
Proses penamaan calon berjalan lancar dan terkawal.
-ZS-