Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pertembungan Empat Penjuru Parlimen Jerlun

By 6 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Noor Faeizah Ahamad

JERLUN, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Kerusi Parlimen P005 Jerlun menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon daripada empat parti politik selepas tamat tempoh penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Kubang Pasu.

“Empat calon terdiri daripada Barisan Nasional (BN) Dato’ Wira Othman Aziz, Pejuang, Dato Seri Utama Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pakatan Harapan (PH), Mohamed Fadzil Mohd Ali dan Perikatan Nasional (PN), Dr Haji Abd Ghani Ahmad layak bertanding,” kata Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Jerlun, Azmin Zainol Abidin pagi semalam.

Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini akan menyaksikan sebanyak 67,601 orang pemilih yang layak mengundi di kawasan Parlimen Jerlun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda