Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PM: 18 dan 19 November Ini Hari Kelepasan Am

By 14 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim/Facebook Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan 18 dan 19 November ini sebagai hari kelepasan am.

“Sukacita saya umumkan kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi,” katanya.

“Bagi negeri Sabah dan Sarawak, Kerajaan-kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya

Menurut Ismail Sabri ketika hadir merasmikan pecah tanah Wisma Cuepacs Putrajaya di sini petang ini pengumuman hari kelepasan am itu dibuat berikutan ada kemungkinan syarikat swasta yang beroperasi pada Sabtu.

Ismail Sabri turut berkata 30 syarikat konsesi lebuhraya bersetuju untuk memberikan tol percuma pada dua hari tersebut.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda