Skip to main content
Berita Sabah & Labuan

Semua Pihak Perlu Pastikan Kanak-Kanak Membesar Dalam Persekitaran Selamat

By 22 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Semua pihak diseru menjalankan tanggungjawab untuk terlibat secara langsung dalam memastikan anak-anak tidak dieksploitasi dan membesar dalam persekitaran yang harmoni dan selamat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, kanak-kanak diumpamakan sebagai kanvas putih dan adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pelukis untuk mencorakkan kanvas kehidupan mereka pada masa hadapan.

“Semua pihak dituntut lebih peka terhadap keperluan kanak-kanak dengan mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penyayang, tanggungjawab memastikan perlindungan terhadap hak kanak-kanak ini terletak kepada negara dan setiap ahli masyarakatnya,”katanya semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Labuan, di sini semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud.

-ZS-

Tinggalkan komen anda