Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Undi Awal Tenang

By 15 November 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida/Muhd Naim (Jempol)

JEMPOL, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Seawal jam 7.30 pagi calon dan wakil calon bagi parti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) diikuti Gerakan Tanah Air (Pejuang) dan diakhiri Pakatan Harapan (PH) telah hadir ke pusat pembuangan undi bagi menyaksikan sendiri perjalanan pengundian awal dijalankan.

Suasana pembuangan undi awal berjalan dalam keadaan yang sangat tenang, tersusun dan memenuhi Standard Of Operation (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

Menurut Pengurus Pilihanraya P.127 Jempol, Nawal Mohd Amin, “Seramai lebih kurang 363 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis diseluruh Jempol telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bertempat di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol hari ini”.

“Dalam melaksanakan proses pengundian awal hari ini, pihak Pejabat Daerah serta pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak IPD Jempol dari segi kemudahan prasarana dan kemudahan logistik.

Lebih menariknya lagi pihak IPD Jempol sendiri mengambil inisiatif dalam memastikan setiap anggota mereka mematuhi SOP seperti meninggalkan telefon bimbit masing-masing dikaunter yang disediakan dan perkara ini sangat membantu kami dalam memastikan perjalanan proses pengundian awal berjalan dengan baik dan lancar,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda