Laporan/Foto: Radiah Rahim/Sh.Nurrul
KUANTAN, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Cuaca cerah di daerah ini melancarkan proses pengundian awal anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.
Ketua Polis Pahang, YH Datuk Seri Ramli Mohamed Yusoof yang turut hadir membuang undi hari ini berkata, seramai 21,164 pengundi awal bagi anggota polis dan tentera di negeri Pahang yang melibatkan 50 pusat mengundi awal dan 70 saluran mengundi.
“Daripada jumlah pengundi yang diwartakan, seramai 6,137 pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota polis dari Kontinjen Pahang serta 15,024 anggota tentera,” katanya.
Seawal jam 7.30 pagi warga PDRM di daerah Kuantan telah berbaris panjang untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi awal sempena Hari Pengundian Awal Pilihan Raya Umum Ke-15.
-ZS-