Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/JaPen
PUTRAJAYA, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mahukan maklumat yang disampaikan kepada rakyat adalah tepat, sahih dan benar.
“Teknologi bergerak begitu pantas. Pentingnya fungsi dan tugas kita untuk pastikan yang sampai kepada warga yang ada di luar sana adalah tepat, sahih dan benar.
Beliau berkata demikian di dalam Majlis Amanat Menteri Komunikasi dan Digital yang diadakan di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital, sini pagi ini.
“Ini adalah satu masalah yang dihadapi bukan sahaja di negara kita malah di banyak negara yang lain. Kita tidak jangka masalah ini akan dapat diselesaikan dalam sekelip mata ataupun dalam masa terdekat.
“Kalau di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Indonesia pun mereka berhadapan dengan pelbagai masalah,” katanya.
Fahmi Fadzil turut memberitahu bahawa pentingya mendekati generasi muda.
“Realitinya di Malaysia yang berumur 18 tahun ke 29 tahun ini jumlahnya ramai dan merekalah yang saya anggap menjadi antara klien utama kita.
“Kerana merekalah yang akan menjadi penggerak ekonomi yang paling besar, mereka jugalah yang paling ramai akan menghantar komen dan menyampaikan masalah yang mereka hadapi.
Menteri Komunikasi dan Digital itu turut berkongsi kesedihan terhadap mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang, awal pagi ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Dato’ Sri Haji Mohamad Mentek dan Pengurusan Tertinggi Kementerian.
-ZS-