Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sidang DUN Perak Bermula Isnin

By 16 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid (Ipoh)/Bahagian Korporat SUK Perak

IPOH, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Ke-15 Perak akan mula bersidang pada 19 hingga 29 Disember ini.

Yang Dipertua Dewan Negeri Dato’ Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata Mesyuarat Pertama akan diadakan pada 19 Disember. Pada Mesyuarat Kedua keesokan harinya, Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama, Dewan Undangan Negeri akan berlangsung.

“Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak telah berkenan untuk mencemar duli berangkat ke istiadat tersebut seterusnya menzahirkan Titah Diraja.

“Sepanjang persidangan mesyuarat kedua, sesi soalan lisan akan berlangsung selama sejam.

“Lapan usul akan dibentangkan dan dua Rang Undang-Undang Kerajaan juga turut dibawa,” jelasnya.

Menurut Mohammad Zahir, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri akan menyertai sesi perbahasan berkaitan semua usul dan rang undang-undang yang akan dibawa. Sesi ini dijadualkan bermula pada 21 Disember sehingga hari terakhir persidangan.

Turut hadir Setiausaha Dewan Negeri Muhammad Nazri Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda