
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 18 Dis (Malaysiaaktif)-Majlis Khatan Perdana anjuran Masjid Al-Mustaqim, Seriab dan Annura Clinic Medical & Surgery dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (Jawatankuasa Penyelaras Anak Yatim Negeri Perlis) telah diadakan secara meriah, di sini semalam.
“Seramai 40 orang kanak-kanak menyertai program ini dan ia dilaksanakan khususnya bagi membantu anak-anak golongan asnaf dan kurang berkemampuan untuk melaksanakan tuntutan mulia agama Islam,” ujar Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
-ZS-