Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Permaisuri Agong Cemar Duli Tinjau Lokasi Tanah Runtuh Batang Kali

By 18 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad/Jabatan Penerangan Malaysia (Hulu Selangor)

HULU SELANGOR, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, dekat sini.

Seri Paduka turut diberi taklimat berkenaan kronologi kejadian tanah runtuh oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis dan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S.Sasikala Devi.

Tunku Azizah kemudian menyampaikan sumbangan kepada pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tersebut.

Keberangkatan baginda diiringi Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Zuki Ali serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda