Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

K9 Kecil Tapi Hebat

By 18 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norshazila Ahmad/Jabatan Penerangan Malaysia (Hulu Selangor)

HULU SELANGOR, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Kecil tapi hebat itulah yang boleh digambarkan berkenaan anjing unit pengesan (K9) yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, dekat sini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata tiga K9 daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dibawa masuk pagi ini seawal pukul 8.30 pagi tadi bagi mengesan mangsa yang masih hilang.

“K9 ini telah bekerja keras melebihi masa yang ditetapkan bagi mengesan mangsa yang hilang sejak dua hari lalu dan mulai hari ini akan bertugas secara giliran.

“Sebanyak 11 K9 telah dibawa masuk untuk operasi mencari dan menyelamat kali ini, enam daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan empat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan satu daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya semasa sidang media.

Selain daripada penggunaan jentera besar, K9 pada operasi kali ini dilihat sebagai tunjang utama kepada penemuan mangsa sama ada terselamat atau terkorban.

-ZS-

Tinggalkan komen anda